Tuesday, August 25, 2009

Kedua Or Terakhir

Salam..
hmm.. Ini post ku yang kedua sesambil menunggu waktu berbuka puasa hehe.. jika pertama merujuk kepada singular maka kedua dan seterusnya adalah plural.. jika pertama lebih kepada sesuatu kenangan dan sukar dilupakan maka kedua lebih kepada pengharapan.. peluang kedua.., kata dua, pendua, pelan kedua (plan b).. semua itu merujuk kepada pengharapan.. jadi aku harapkan post ku yang kedua ini akan menjadi kesinambungan aku menghidupkan blog personal ini dan aku tidak mahu ia menjadi post yang terakhir tapi sekiranya ditakdirkan ini post yang terakhir apa boleh buat kan.. "terakhir" satu kalimah yang cukup keramat bagi
renungan dan menyedarkan seseorang.. peluang terakhir, kali terakhir berjumpa seseorang yang penting dalam hidup, kali terakhir menadah tangan dan berdoa dengan penuh ikhlas, taubat terakhir, nafas terakhir , sujud terakhir.. dan pelbagai lagi pengakhiran.. dan bilakah kali terakhir kita menangis kerana Allah dan apakah pengakhiran dalam hidup kita??

No comments:

Post a Comment