Monday, May 24, 2010

Aku Dan Zaman Kanak-Kanak..

Aku yakin semua orang yang dewasa rindukan zaman kanak-kanak mereka, begitu jua aku apatah masa tengah stress or penuh masalah.. rindunya kalau boleh kembali ke zaman itu semula.. dari kecik hinga umur aku 10 tahun.. aku tinggal dengan atuk aku..

Teringat aku masa mula-mula masuk darjah satu.. benda yang favourite masa tue adalah kenderaan milo..

Bestnya time nie.. nikmat masih terasa .. dengan cup kecil yang kadang sanggup beratur sampai 2-3 kali memang berbaloi baloi hehehehe pastu sampailah musim air kotak susu coklat uht.. semenjak itu tak dapat minum dah aku air milo best nie.. rindunya...

membawa ke darjah ketiga aku masih ingat rancangan tv yang paling aku x miss ialah "Gaban" yang mana kata kuncinya "Gaban bertukar dalam masa 0.02 saat" huhuhu.. Time tue aku sekolah sessi petang, sekolah abis kul 5, gaban kul 5.30 ptg, so masa setengah jam yang ada aku gunakan sebaik-baiknya untuk berlari balik kerumah yang jaraknya dari sekolah kira-kira 3-5 kilometer.. biasanya aku sampai muka pintu umah atuk aku tepat-tepat jam 5.30 ptg so apa lagi segala penat berlari pulang dan jalan laju hilang dengan santapan Gaban.. hehehehehe


Dari darjah satu ke darjah tiga antara rutin ku adalah selain bersekolah adalah mengaji quran, masih ku ingat tok guru yang garang dan berusia dengan rotannya yang siap sedia membelasah paha anak-anak muridnya jika silap mengaji. Kami mengaji di madrasah berdekatan tepi sungai.. bestnya time time tue dan madrasah itulah jua tempat kami berteraweh ramai-ramai sesama geng budak2.. nak-nak time selawat dan moreh kamilah yang beriya-iya.

Lepas mengaji apa lagi time untuk main laa.. antara permainan paling best time tue adalah "Polis Sentri"  Polis sentri one to jaga polis mati pencuri jaga.. pastu baling selipar then senapang kayu dengan buah terung dan sebaginya lagi yang boleh dijadikan peluru.. dan sesekali gasing plastik tue pun mengikut musim.. mainan teknologi pula adalah kamera bergambar, (pinjam kwn punya) yang mananya filemnya dalam bentuk ring... biasanya filem yang kitaorang ada adalah mengenai gambar2 di mekah maybe orang yang balik mekah belikan kot..

Antara snack kegemaran ku time (sampai sanggup kumpul duit 2-3 hari) adalah Ding-Dang, Tora, dan Nini (tp yang nie kekadang jer huhuhuhu) dan paling best bubble gum(coklat getah) beruang..
 

Saat Paling Best time budak-budak adalah time bulan posa dan raya dan saat-saat duduk depan TV tunggu pengumuman.. dan main bunga api.. Bestnya.. sekarang dah takde dah , biasanya tarikh raya ikut takwim dah takde unsur suspen. mcm dulu...

Dari darjah empat hingga darjah enam, aku kembali tinggal bersama ayah dan mak, kakak dan abang.. time tue aku mula mengenal mainan mainan seperti game & watch, time tue aku sanggup melakukan apa saja yang disuruh semata-mata untuk pinjam game ini dari abg aku walau dia pun pinjam dari abang dia.. kekadang aku pergi rumah jiran berdekatan (yang kaya) masa tue dapat tengok depa main dari jauh depa main game keta.. sesekali kalau nasib baik dapat laa main sama.. so mainan yang betul-betul aku dapat main dan hak aku spenuhnya adalah biji getah.. huhuhu best apa mainan nie..

Aku lupa plak nak cerita pasal tv show yang aku minat time nie.. apa lagi kalau tak "Mairo Attack" x miss ooo.. pas tengok terus practise buah somosop berpusing hahahahahha...

Semasa aku kecik jangan ingat aku hanya tahu bermain jer.. aku pun membaca jugak taw... antara bahan bacaan aku ialah Bujal, Kuntum, Buku Cerita Asia yang aku pinjam dari library sekolah dan juga majalah islamic kanak-kanak keluaran Al-Arqam..


Sepanjang aku tinggal bersama parents di pasir mas berikut adalah barang-barang orang tua ku yang aku rindukan huhuhuhu..

Dan juga kenderaan rasmi ku masa sekolah rendah dan sek menengah dari tingkatan1 hingga 3


Oklah.. aku dah takde mood dah nak cerita.. sampai disini sahaja buat kali ni.. Salam..

~AreZies~
http://arezies.blogspot.com

No comments:

Post a Comment