Wednesday, May 26, 2010

KUASA TIANG KEPADA CITA-CITA

Diforward oleh seorang sahabat melalui email
Konsep Baru Islam
1. Berikut ialah beberapa fakta yang menunjukkan konsep Islam yang menjadi matlamat akhir perjuangan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Ia adalah petikan Bab 15 - Gerakan Pembaharuan Islam : Satu Kajian Di Negeri Perlis & Hubung Kaitnya Dengan Malaysia[1] oleh Dr Mohd Radzi Othman dan Dr. OK Rahmat (Terbitan : Universiti Sains Malaysia 2007), sekutu tegar Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin :
-

a. Menurut Ustaz Nik Abdul Aziz, Ketua Dewan Ulama PAS Pusat dan seorang ulama terkemuka di Kelantan yang menjadi Menteri Besar sekarang ini, (Wawancara: 1 Februari 1990) mengatakan penglibatannya dengan aliran pembaharuan sudah lama, bahkan sejak ayahnya lagi. Bapa beliau pernah belajar pada Syeikh Azhari, orang Sudan. Orang Islam pada masa itu masih kuat berpegang pada usalli dan membayangkan semua pekerjaan salat pada waktu takbiratulihram. Ayah beliau adalah pihak penentang cara lama ini. Kedatangan Tok Khurasan, memperkuatkan aliran pembaharuan. Antara yang belajar kepada Tok Khurasan ini termasuklah Allahyarham Haji Ahmad Mahir. Nik Abdul Aziz sendiri bersimpati dengan bahasannya. Menurut beliau: "Saya sendiri memanglah orang yang menyokong pembaharuan".
b. Sejak akhir-akhir ini, orang mendakwa saya makan tupai, Ustaz Nik Abdul Aziz menerangkan selanjutnya. Masalahnya ialah: Tupai itu binatang bersih, makan barang bersih; tunjukkan sebab mengapa tupai diharamkan ! Kalau tupai tidak haram bukan bererti kita makan haiwan itu. Demikian juga Sifat Dua Puluh; saya minta masyarakat supaya kembali kepada tauhid al-Quran. Heboh masyarakat mengatakan bahawa orang yang makan tupai itu menolak Sifat Dua Puluh. Tadinya saya mengajarkan Fiqhus-Sunnah. Tetapi untuk tidak merosakkan imej PAS saya tukar kepada al-Qardawi.
c. Ustaz Nik Abdul Aziz meneruskan, bahawa dasar di dalam menyebarkan ajaran al-Sunnah, jangan sebut perkataan "bidaah". Beri keterangan kepada masyarakat apa yang tentu kita buat, jangan yang tidak tentu. Tentang kenduri kematian, saya katakan, bahawa mungkin termakan harta anak yatim. Saya minta hilangkan persandingan. Walau bagaimanapun, saya tidak mempunyai hubungan sama sekali dengan Perlis. Menurut Ustaz Nik Abdul Aziz, fahaman pembaharuan akan terus berkembang dan maju dengan pesat. Mahu tak mahu pihak Majlis Agama mesti tunduk kepada kenyataan kebangunan aliran ini.
Batu Penghalang

clip_image002
2. Cabaran utama Nik Abdul Aziz bin Nik Mat bukanlah parti UMNO sebaliknya guru-guru pondok yang kuat menentang cita-cita, keyakinan dan wawasan beliau di bumi Kelantan. Mengikut kajian itu lagi[2] - Tentang Ustaz Nik Abdul Aziz, beliau memandangnya sebagai orang yang berani. Beliau menentang pemikiran tradisional. Salah seorang penentang beliau ialah Tuan Guru Abdul Rahman (bin Sulaiman) dari Pondok Sungai Durian. Tok Guru ini masih kuat mengikuti fahaman tradisional. Menurut Ustaz Hasan bin Idris, penentangan terhadap Nik Abdul Aziz bukan dilatari oleh politik.
3. Perkara ini telah disahkan melalui tulisan anak murid Tuan Guru Abdul Rahman bin Sulaiman (yang kini berubah menyokong fahaman Nik Abdul Aziz bin Nik Mat) tentang penentangan tuan gurunya terhadap Menteri Besar Kelantan[3] :-
a. Tok guru (anaknya bernama Dr Abdul Basit) amat kuat menentang kaum muda (sekarang dipanggil salafi) dan sering menyatakan Ustaz Nik Aziz (sekarang Menteri Besar Kelantan) keluar dari Mazhab 4 dan Ahli Sunnah Wal Jamaah. Saya pernah dengar perbahasan diantara 2 tokoh ini.
b. Pada tahun 1972 Masjid Guchil telah memanggil kedua tokoh ini untuk menyampaikan ceramah maulidur rasul. Setelah itu diadakan bacaan Barzanji. Apabila sampai waktu berselawat Ustaz Nik Aziz tidak bangun. Apa lagi tok guru saya amat marah sekali, katanya sepatutnya kita bangun sewaktu berselawat lalu tok guru saya baca apa yang disebut dalam berzanji iaitu : ”wahaadza waqadis tahsanal qiyam hingga akhirnya“. Yang bermaksud:- ”Dan eloklah berdiri ketika berselawat” hingga akhir (sila rujuk Barzanji ). Nik Aziz jawab : Itu bukan hadith tetapi hanyalah kata-kata dari pengarang Barzanji. Macam mana saya nak berdiri ketika berselawat kerana Nabi tak datang, kalau Nabi datang saya akan berdiri menghormatinya”. Tok guru saya amat marah sehingga dia terus balik. Bermula dari situlah mereka berdua tidak boleh bertemu dalam majlis.
NOTA TAMBAHAN
Sebarang pandangan yang menganggap hari keputeraan baginda itu tidak perlu disambut sebagai bertentangan dengan akidah. "Dia termasuk dalam orang yang mengharamkan ijtihad kerana hukum ini ialah dalam 4 perkara iaitu al-Quran, hadis, sunnah dan qias (ijtimak ulama). Siapa yang menolak ini tak bolehlah kerana boleh diibaratkan macam sesat jadi bila sesat wajib kita tentang – Tuan Guru Abdullah bin Sa’amah, Pondok Getting, Tumpat, Kelantan.[4]
c. Tok guru saya ketika itu adalah ahli majlis ulama dan majlis fatwa negeri Kelantan sehingga banyak kali dia mencadangkan agar Majlis Agama Islam Kelantan menangkap Ustaz Nik Aziz kerana menyebarkan fahaman kaum mudanya. Namun begitu Mufti Kelantan ketika itu Tuan Guru Hj Muhammad Nor (1905-1988) dan timbalannya juga berfahaman seperti Nik Aziz. Mufti Kelantan ini satu badge (seangkatan) dengan mertua tok guru saya Sheikh Daud al-Kelantani, seorang guru di Masjidil Haram. Oleh itu mungkin rasa hormatnya kepada mufti itu, dia tidak mahu berdebat dan akhirnya dia meletakkan jawatan dari ahli majlis ulama dan fatwa.
d. Ustaz Nik Aziz ini dahulunya bukan tok guru saya sahaja yang bertentang pendapat dengannya bahkan boleh dikatakan semua tok-tok guru pondok di Kelantan menentangnya. Kebanyakan tok-tok guru pondok ketika itu tak biasa berada di atas pentas untuk berpidato walau pun ilmu mereka banyak dan mereka hanya dapat mengajar, tak boleh berpidato. Guru saya merupakan jurucakap tok-tok guru lain di Kelantan kerana dialah satu-satunya tok guru yang petah berceramah, tok-tok guru lain tak begitu pandai berceramah, termasuk al-marhum Tok Guru Hj Mustafa bin Hj Abu Bakar dan adiknya al-marhum Hj Abdul Aziz (kedua-duanya adalah pengasas Pondok Pasir Tumbuh).
e. Setelah saya berhenti belajar dari pondok dan melanjutkan pelajaran ke Madinah barulah minda saya terbuka. Saya ingin menerangkan di sini bahawa sebagai orang Islam kita tidak boleh menuduh tanpa fakta. Kebanyakan tok-tok guru pondok ini hanya baca kitab sahaja tetapi tidak mahu mengkaji dan mereka lebih suka berpegang kepada pendapat tok guru mereka, sebab itulah fikiran mereka tidak terbuka.[5]
Tokoh Kaum Muda Al-Kelantani
clip_image004
4. Mohd Asri bin Yusuf dilahirkan di Kubang Kerian, Kelantan. Beliau mendapat pendidikan di Pondok Pasir Tumbuh, Kelantan; Darul Ulum, Deoband di India serta Nadwah Ulama di Pakistan di dalam bidang pengajian hadis. Beliau adalah pengasas Madrasah Darul Kauthar[6] di Kubang Kerian, Kelantan yang menyediakan pendidikan di dalam bidang tahfiz Al-Quran dengan penuntut seramai 150 orang. Beliau aktif di masjid/surau sekitar Bandar Kota Bahru. Beliau diberi gelaran maulana oleh muridnya kerana dianggap fakeh dalam bidang hadis yang sering menjadi alat menghukum bidaah amalan mahzab as-Shafieyyah.[7]
clip_image006
5. Shaari bin Mustafa adalah anak saudara kepada Nik Abdul Aziz bin Nik Mat. Beliau adalah anak murid Mohd Asri bin Yusuf (Darul Kauthar) dan pengasas Darul Quran Wal Hadis, Pasir Pekan, Kelantan. Sebahagian besar operasi darul tahfiz ini dibiayai dana Wakaf Falahiah yang diwujudkan Keluarga Wan Nuh.[8] Beliau telah ditahan di bawah ISA pada tahun 2001 bersama-sama Nik Adli (anak Nik Abdul Aziz) kerana disyaki terlibat dengan Kumpulan Mujahidin Malaysia (KMM).[9] Beliau aktif di masjid/surau sekitar Pasir Pekan sehinggakan para jemaah terpengaruh meninggalkan amalan membaca doa selepas solat, berzikir secara jemaah, membaca qunut Subuh, bertarawih hanya 8 rakaat dll.[10]
clip_image008
6. Dr Johari bin Mat ialah Ketua Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS). KIAS adalah hasil cetusan idea Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan merupakan anak syarikat milik kerajaan negeri. Di KIAS, sebahagian besar tenaga pengajarnya adalah lulusan universiti pro kaum muda dari negara Arab Saudi, Pakistan dan Jordan.[11] Beliau amat terkenal dengan fahaman al-mujassimah, iaitu menisbahkan sifat Allah dengan sifat makhluk.[12] Selaku AJK PAS Kelantan merangkap Ahli Panel Kajian Aqidah JAKIM, banyak ajaran tareqat sufiyyah yang benar dirumuskan sebagai ajaran batiniah serta dihukum terkeluar aqidah. Maka berleluasalah fitnah terhadap tareqat muktabar di kalangan masyarakat awam.
clip_image010
7. Nik Mohd Amar bin Nik Abdullah adalah satu dari calon pengganti utama Menteri Besar Kelantan kerana faktor kesatuan fahaman kaum muda[13] dan jasa bapanya sebagai mentor politik Nik Abdul Aziz bin Nik Mat.[14] Yayasan Islam Kelantan (YIK) adalah di bawah bidang kawalan beliau selaku Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri Kelantan. Beliau telah gagal 2 kali dalam mengambil-alih Pusat Pengajian Pondok Teluk Kandis, Bachok yang terkenal melahirkan ilmuwan melalui sistem pondok talaqqi.[15] Projek terkini beliau di bawah YIK ialah penggunaan kurikulum pengajian Darul Ulum, Deoband, India untuk disesuaikan sistem pembelajaran agama di Kelantan[16]; di samping aktif dalam mempromosikan fahaman ini dalam bentuk seminar, konvensyen dll di peringkat kerajaan negeri.
clip_image012
8. Abdullah al-Qari bin Salleh adalah antara pelopor gerakan kaum muda di Kelantan; seangkatan dengan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, al-marhum Mohd Noor bin Ibrahim (mantan Mufti Kelantan), al-marhum Ismail bin Yusuff (mantan Mufti Kelantan) dll[17] Beliau telah dianugerahkan sebagai Tokoh Maulid ar-Rasul dan Tokoh Sunnah (IQ) Nusantara.[18]
clip_image014
9. Anaknya, Dr Ahmad Najib bin Abdullah al-Qari adalah seorang pensyarah KIAS dan pendakwah bebas yang aktif menyebarkan fahaman pembaharuannya di masjid/surau sekitar USM Kubang Kerian.[19] Beliau juga amat aktif menulis buku-buku berkaitan agama untuk mensebar-luaskan kefahaman kaum muda kepada masyarakat umum, khususnya golongan pelajar dan akademia.
clip_image016
10. Pondok Sungai Durian[20], Kuala Krai juga merupakan pusat pengkaderan kaum muda di Kelantan. Anak al-marhum Tuan Guru Abdul Rahman bin Sulaiman, Dr Abdul Basit[21] telah memilih jalan untuk bersama-sama agenda pembaharuan aqidah yang dipelopori Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, tidak seperti ayahandanya.[22]

Pondok Bangkit Semula
11. Selama ini guru-guru pondok yang berpengaruh seperti al-marhum TG Abdul Rahman bin Sulaiman (Pondok Sungai Durian), al-marhum TG Mustafa bin Abu Bakar (Pondok Pasir Tumbuh), al-marhum TG Abdul Aziz bin Abu Bakar (Pondok Pasir Tumbuh), al-marhum TG Ghazali bin Abdullah (Pondok Tunjung) dll adalah merupakan Check & Balance bagi memastikan perjuangan PAS Kelantan tidak tersasar dari landasan ASWJ.
12. Kembalinya tokoh-tokoh ini ke rahmatullah telah memberi ruang dan peluang Nik Abdul Aziz bin Nik Mat untuk kembali agresif dengan agenda pembaharuannya. Maka tidak hairanlah Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa’amah, Madrasah An-Najmiah, Kg Geting, Tumpat, Kelantan telah meluahkan perasaannya yang mewakili suara hati guru-guru pondok di Kelantan bahawa [23]:-
Penentangan saya terhadap kelompok ini bermula sejak tahun 1987 apabila seorang pemimpinnya, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyatakan sifat 20 Allah SWT direka oleh Greek dan Yunani. Bagaimanapun saya mendiamkan diri kerana berpegang kepada dasar parti itu yang kononnya memperjuangkan Islam. Kami golongan pondok sebenarnya dibuai oleh PAS sejak negara mencapai kemerdekaan, mereka menyebarkan dakyah kononnya UMNO sengaja tidak melaksanakan hukum Islam walaupun telah diberikan kebebasan 100 peratus oleh British, Namun selepas berkali-kali melihat dan mendengar kenyataan yang dibuat oleh Nik Abdul Aziz biar yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah wal-Jamaah biar pun telah ditegur, ia mula membuka mata saya. Kami ahli Persatuan Pondok seMalaysia beberapa kali telah menasihati beliau tetapi tidak diendahkan. Baginya apa yang penting pembaharuan dalam agama perlu diteruskan walaupun umat Islam berpecah.”
13. Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dengan tegas mempertahankan pendiriannya tentang Sifat 20[24] dengan merujuk kepada beberapa buah kitab, khususnya kitab karangan Syed Sabiq[25] yang sealiran dengan manhaz Ibn Taimiyyah dan Ibn Qayyim. Pendapat ini turut disokong oleh Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin.[26] Maka tidak hairanlah, Tuan Guru Hj Abdullah bin Sa’amah sepertimana yang pernah dilakukan rakan-rakan seperjuangan terdahulu, terpaksa tampil sebagai imam perang yang berjuang bagi membawa PAS Kelantan kembali ke landasan ASWJ walaupun beliau bukanlah ulama pondok yang terbaik untuk melakukannya – beliau dikenali ramai sebagai seorang yang kerah keng dan gedebe.[27] Perjuangan menentang pengaruh kaum muda dalam PAS turut berlaku di lain-lain negeri, antaranya:-
Johor, Negeri Sembilan & Melaka
14. Benteng ASWJ di dalam PAS Johor terletak kepada saf penerajunya yang mempertahankan warisan sistem pendidikan Islam negeri Darul Takzim. Benteng ASWJ di dalam PAS Melaka pula terletak melalui cinta kepada golongan habib aliyiwwin. Benteng ASWJ di dalam PAS Negeri Sembilan pula ialah melalui istiqamah zikir tariqat sufiyah. Walaupun demikian, masih terdapat kepimpinan PAS yang menjadi pengikut fahaman baru ini di Madrasah Darul Hadis, Kg Brisu, Alor Gajah (seperti Muhammad bin Yatim, Minghat bi Mamut dll)[28] dan Madrasah Ittiba' al-Sunnah, Kg Parit, Kuala Pilah (seperti Blogger - Tulang Besi[29] [30], Aduka Teruna[31] dll).
Terengganu, Perlis & Kedah
15. PAS Terengganu di bawah Abdul Hadi bin Awang [32] dan Harun bin Taib juga menganut fahaman yang sama seperti Nik Abdul Aziz bin Nik Mat, namun perkembangan tajdid kaum muda ini dapat dibentengi oleh pengaruh habib-habib ahlul bait, guru-guru mursyid suffiyyah[33] dan guru-guru pondok al-fathani[34] yang berfahaman ASWJ.
16. PAS Perlis melalui Dato’ Harun bin Din, YB Hashim bin Jasin, Yussainie bin Yahya dll sedang berjuang untuk membebaskan aqidah ASWJ dari cengkaman UMNO Perlis Darul Wahabbi[35] yang ditadbir secara belakang tabir oleh Datuk Hashim bin Suboh (proksi Shahidan bin Kassim) dan Dr Juanda bin Jaya (proksi Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin). Semoga bai’ah tareqat sufiyah Naqsyabandi al-Khalidiyyah di Changloon, Kedah oleh saf pejuang PAS Perlis memberi kekuatan baru kepada jihad mereka. [36] [37]
17. PAS Kedah dan institusi pondok di Kedah saling lengkap-melengkapi kerana masih berpegang teguh dengan aqidah ASWJ. Misalnya; Tuan Guru Salleh bin Musa al-Syatariyyah (Pondok Sik) bolehlah dianggap sebagai Mursyidul Am untuk negeri-negeri di wilayah utara tanah air kerana kerana ketegasan dan lantang menentang fahaman wahabbi yang dibawa Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin. [38]
Perak, Selangor & Pulau Pinang
clip_image018
18. Gelagat PAS Perak yang semakin liberal dengan sekutunya DAP tak perlu dipertikaikan lagi. Sesiapa sahaja yang melihat gambar Datuk Seri Mohd Nizar bin Jamaluddin memegang lilin di akhbar baru-baru ini dapat membezakan sama ada tindakan tersebut sidang media atau majlis memperingati kematian mendiang Teoh Beng Hock.
clip_image020
19. Dengan restu Nik Abdul Aziz bin Nik Mat[39] mengizinkan isu kalimah Allah sebagai hak milik bersama digunakan sebagai bahan kempen PRK Sibu baru-baru ini telah menjadi faktor penentu kepada kemenangan calon DAP.[40] Maka tidak hairanlah kepimpinan PAS Selangor seperti YB Dr Mariah Mahmud (Kota Raja) dan YB Khalid Samad (Shah Alam) bertungkus-lumus membantu kempen DAP di gereja bagi membuktikan bahawa PAS hari ini adalah liberal dan toleran dalam urusan agama.
clip_image022
20. Lim Guan Eng dengan restu Anwar bin Ibrahim telah melantik Abdul Malik bin Kassim (ADUN PKR Batu Maung) sebagai Exco Hal-Ehwal Agama Kerajaan Negeri bagi memastikan dasar Islam di Pulau Pinang terus kekal liberal dan sesuai dengan tuntutan semasa. Maka atas fahaman inilah, beliau memberi ruang kepada Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin[41] untuk memberi kuliah di masjid-masjid negeri; di samping bertindak membatalkan perarakan Maulidur Rasul kerana percaya ianya adalah warisan agama kristian.[42]
Kesimpulan

21. Pengaruh besar PAS ke atas pengundi Melayu adalah kunci kejayaan Nik Abdul Aziz bin Nik Mat merealisasikan cita-cita pembaharuan Islam di Kelantan. Cuba renungkan dengan mendalam nasihat Nik Abdul Aziz bin Nik Mat kepada Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin bahawa kuasa adalah alat kepada cita-cita. Katanya[43]:-
Seseorang yang ingin melaksanakan Islam hendaklah memiliki kuasa yakni kerajaan sebagai platform bagi memastikan Islam itu diterjemahkan ke dalam kehidupan. Sekiranya mana-mana pihak hendak menganjurkan sesuatu tetapi tidak memiliki sebarang kuasa, ianya tidak berguna atau tidak berkesan seumpama omongan kosong. Tanpa kuasa tiada siapa mahu menerima apa yang kita perkatakan. Ia diibaratkan omong kedai kopi semata-mata

clip_image024
22. Bagi merealisasikan agenda pembaharuan Islam di peringkat persekutuan, PAS perlu terlebih dahulu bersikap liberal untuk mendapat keyakinan DAP dan PKR. Atas dasar liberal inilah, Nik Abdul Aziz bin Nik Mat dan saf kepimpinan PAS Pusat tidak pernah mengeluarkan bantahan keras terhadap isu Inter Faith Commission (IFC) dan isu Kalimah Allah yang jelas didalangi jentera kempen Pakatan Rakyat.[44] Maka tak hairanlah Abdul Hadi bin Awang dalam Ceramah Grand Finale kempen DAP di Sibu telah menyatakan dengan terang bahawa ”BN yang menghalang kebebasan pihak Kristian daripada menggunakan nama Allah di penerbitan Herald Tribune dan juga di gereja-gereja seluruh negara. PAS tak pernah melarang pihak gereja menggunakan kalimah Allah dan PAS sedia bekerjasama dengan semua agama bagi menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional”. [45]
clip_image026
23. Lim Kit Siang pernah berkata dalam kempen DAP di Sibu[46] baru-baru ini bahawa memang benar Negara Islam adalah matlamat PAS tetapi ia bukannya matlamat Pakatan Rakyat. Beliau mengaku, tema Undi DAP Bererti Undi Untuk PAS Dan Negara Islam berkesan dalam pilihan raya umum 1999 tetapi ia sudah dikebumikan apabila tsunami politik melanda negara dalam pilihan raya umum 2008. Atas dasar itulah, katanya, di Kuala Sepetang, Perak, 84 peratus pengundi Cina telah memberikan undi kepada calon PAS, Datuk Seri Muhamad Nizar Jamaludin dalam pilihan raya kecil Bukit Gantang. Atas dasar itulah juga, 82.5 peratus penduduk Cina Rasa, Hulu Selangor memberikan undi kepada calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim. Dalam lain perkataan, selagi PAS memperjuang Islam liberal ala kaum muda, maka selagi itulah DAP akan memberikan undi Cina kepada calon Melayu-Islam. Adakah fiqh siayasi PAS ini menguntungkan Islam ?
clip_image028
24. Atas kesatuan fahaman yang liberal, maka bergabunglah kekuatan politik PAS-PKR-DAP untuk menawan kerusi persekutuan dalam pilihanraya akan datang. Formula kejayaan penerapan nilai-nilai kaum muda di Kelantan akan menjadi pendekatan yang digunapakai di peringkat persekutuan. Maka secara tanpa disedari tercapailah matlamat akhir perjuangan Daulah Wahhabi se-Malaysia sebagaimana termaktub dalam Perisytiharan al-Sunnah : Deklarasi Wujudnya Keluarga as-Sunnah yang pernah diserahkan oleh golongan wahabbi seMalaysia kepada DYMM Yang Di Pertuan Agung, DYMM Raja-raja Melayu, Yang DiPertua Negeri, Ketua-Ketua Menteri, Menteri-Menteri Besar dan Mufti-Mufti Kerajaan Negeri pada tahun 1982.[47]
clip_image030
25. Maka adalah menjadi suatu kewajipan untuk kita menolak saf kepimpinan PAS yang berfahaman kaum muda, Islam liberal atau wahabbi; serta mengangkat mereka yang berpegang teguh dengan manhaj tulen Ahlus Sunnah Wal Jamaah sebagai pemimpin. Inilah teras aqidah penyokong akar umbi PAS sejak lahirnya parti itu pada 23 Ogos 1951. Jika PAS tidak kembali kepada perjuangan Ahlu Sunnah Wal Jamaah, maka parti manakah yang akan melepaskan taklif fardhu kifayah umat Islam di Malaysia ini untuk menegakkan Islam secara kaffah ? Demikian juga dengan mana-mana parti siasah Melayu; andainya manhaj songsang itu menjadi sendi fahaman mereka, maka wajarlah kita menentang mereka habis-habisan. Lihat sahajalah beberapa contoh kecil penularan pengaruh wahabbi tulen di dalam PKR[48] dan UMNO.[49]
26. Artikel ini disimpul kemas dengan dua mutiara nasihat daripada (1) Baba Hj Salleh bin Musa, Tuan Guru Madrasah Rahmaniah, Seberang Pekan, Sik, Kedah (2) Tuan Hj Mohd Faizal bin Musa (Faisal Tehrani al-Chisti), penulis muda tanah air untuk ditimbang-sukat neraca akal yang waras:-.

Tidak kira PAS UMNO kalau bertentangan dengan aqidah kita tentang walaupun dalam jemaah PAS. Orang UMNO jangan kerana taksub parti anda hingga menolak kebenaran hukum alQuran, jangan hina ulama. Taksub boleh membawa kepada kufur. Orang PAS pun sama jangan taksub salah tetap salah. Jangan telampau kuat parti hingga menolak kebenaran. Kalau pemimpin salah kita kena tegur. Jangan taksub. Jangan memandang mudah pada perkara agama, hukum hakam agama. Lebih-lebih lagi perkara aqidah ahli sunnah. Kita kena tolak pahaman wahabi, syiah, pakeda dan lain-lain fahaman yang tidak selari dengan aliran ahli sunnah. Pemimpin-pemimpin perlu berhati-hati mengeluarkan hukum. Serah urusan agama pada ulama jangan gopoh, telatah (terburu-buru). Jangan tolak perkara yang baik disisi agama walaupun dari UMNO. Kita kena terima jangan taksub. Ya memang UMNO sesat tapi ada perkara agama perlu kita akur - Baba Hj Salleh as-Syatarie, anak murid Syeikh Ismail al-Fathani (Pak Da Eil)[50]


Munshi Abdullah, penerjemah dan penyunting pertama Bible (menurut Ngeh, al Kitab) dalam bahasa Melayu; ada menulis dalam karyanya, berbunyi begini (sengaja saya petik dari terjemahan Inggerisnya): "It was therefore an easy matter to revise the text, and to rewrite it in the proper malay style. Nevertheless there still remained a few obscure phrases. For the missionaries did not approve of my changing a number of expressions which are not normally used by malays. Examples are kerajaan shoorga, mulut Allah, anak Allah, Bapa-mu yang ada di shoorga, kehidupan yang kekal and so on. They must necessarily sound awkward in the ears of any Malays who hear them in time to come. If the missionaries, that is, Mr Stronach, Mr North and Mr Keasberry, choose to put these mistakes right, very good..." (Lihat Hikayat Abdullah, MBRAS, jika terbitan terkini 2009 halaman 29). Jika dahulu misionaris ditolongi oleh orang seperti Munshi Abdullah, hari ini, gerakan misionaris telah didokongi oleh kumpulan Islam Liberalis. Saya menyeru dari hati sanubari saya supaya umat Islam yang tulen mengenepikan taksub kepartian dan berfikir waras. Tolaklah dan jangan terbangang lagi. Saya juga ingin mengingatkan pemimpin Melayu Islam dalam UMNO dan PAS supaya bermuhasabah diri dan mencegah mudarat yang bakal tiba ekoran isu sensitif ini. Dengan kebijaksanaan, tentunya - Faisal Tehrani al-Chisti,[51] mangsa fatwa sesat Dr Mohd Asri bin Zainal Abidin[52]

[1] http://bukumalaysia.com/index.php?main_page=product_info&cPath=3&products_id=280
TEKS - http://helmiehassan.blogspot.com/2009/04/ketinggian-ilmu-tokguru-nik-aziz-nadi.html
[2] http://bukumalaysia.com/index.php?main_page=product_info&cPath=3&products_id=280
TEKS - http://helmiehassan.blogspot.com/2009/04/ketinggian-ilmu-tokguru-nik-aziz-nadi.html
[3] http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=5749/postdays=0/postorder=asc/start=30.html
[4] http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0216&pub=Utusan_Malaysia&sec=Politik&pg=po_10.htm
[5] http://ulama-nusantara.blogspot.com/2009/06/kehebatan-ulama-melayu-ahli-sunnah-wal.html
[6] http://www.darulkautsar.net
[7] http://caknaislam.blogspot.com
[8] http://www.wannuh.com/wakaffalahiah.html
[9] http://wargamarhaen.blogspot.com/2010/01/isa-mengganas-lagi.html
[10] http://al-fikrah.net/Forums/viewtopic/p=79684.html
[11] http://kias.edu.my/ketuajbtn3.htm
[12] http://ustazazhar.com/v1/lain-lain/bahaya-akidah-johari-mat.html
[13] http://towardsmardhatillah.wordpress.com/2009/12/28/ijma-ulama-muda-di-kelantan-trade-centre/
[14] http://mstar.com.my/berita/cerita.asp?file=/2006/11/3/TERKINI/Mutakhir/Siapa_pengganti_Nik_Aziz&sec=mstar_berita
[15] http://pasvspas.blogspot.com/2009/09/institusi-pondok-dalam-pemerhatian.html
[16] http://yik.kelantan.gov.my
[17] http://bukumalaysia.com/index.php?main_page=product_info&cPath=3&products_id=280
TEKS - http://helmiehassan.blogspot.com/2009/04/ketinggian-ilmu-tokguru-nik-aziz-nadi.html
[18] http://iluvislam.com/v1//forum/viewthread.php?forum_id=46&thread_id=4192&rowstart=10
[19] http://groups.yahoo.com/group/mimbarbebas/message/153199
[20] http://www.pondoksgdurian.com/
[21] http://www.abuanasmadani.com/
[22] http://al-fikrah.net/News/article/sid=883.html
[23] http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0321&pub=Utusan_Malaysia&sec=Rencana&pg=re_02.htm
[24] http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
[25] http://al-ahkam.net/home/index.php?option=com_content&view=article&id=1638&catid=44:arkib&mode=getshouts
[26] http://www.youtube.com/watch?v=Mj4dhF8ojpw
[27] http://leekubo.blogspot.com/2010/03/habis-hujjah-fitnah-ditabur.html
[28] http://abuirfan.al-fikrah.net/Forums/viewtopic/t=1941/postdays=0/postorder=asc/start=15.html
[29] http://www.malaysiawaves.com/2009/11/mengapa-tarbiyyah-tulang-besi-berlainan.html
[30] http://www.malaysiawaves.com/2010/02/tulang-besi-adalah-produk-tarbiyyah-pas.html
[31] http://bankwahabi.wordpress.com/2010/02/01/aduka-taruna-wahabi/
[32] http://fakehkhalifah.blogspot.com/2010/04/wahabi-adalah-aswj.html
[33] http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=3792&postdays=0&postorder=asc&start=150
[34] http://www.tranungkite.net/v10/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=8767&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=
[35] http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2007&dt=1028&pub=utusan_malaysia&sec=rencana&pg=re_03.htm&arc=hive
[36] http://al-muwahhidun.blogspot.com/2009/01/tariqat-naqsyabandi-pegangan-ustaz.html
[37] http://ibnuzahid.wordpress.com/2008/12/13/sokongan-golongan-ulamak/
[38] http://pondoktauhid.blogspot.com/2009/11/tuan-guru-hj-salleh-menegur-dr-asri.html
[39] http://gigitankerengga.blogspot.com/2010/05/nik-aziz-dap-tetap-boleh-guna-kalimah.html
[40] http://teresakok.com/2010/05/17/allah-al-kitab-rows-tipped-vote-for-dap-in-sibu
[41] http://ibnuhadiabu.blogspot.com/2010/04/mengutip-mutiara-ceramah-agama.html
[42]http://dun-maharani.blogspot.com/2010/02/khutbah-nik-aziz-sempena-maulidur-rasul.html
[43] http://salafiwahhabi.blogspot.com/2008/07/nasihat-mursyid-am-pas-kepada-dr-asri.html
[44] http://www.tranungkite.net/v7/modules.php?name=Forums&file=viewtopic&t=17693&start=0&postdays=0&postorder=asc&highlight=
[45] http://ohpolitik.blogspot.com/2010/05/pas-dap-boleh-guna-kalimah-allah-untuk.html
[46]http://www.harakahdaily.net/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=26490:undi-dap-bererti-undi-untuk-negara-islam-muncul-di-sibu&catid=41:uta
[47] http://almizaan.wordpress.com/memo-83/
[48] http://www.malaysiakini.com/news/126770
[49] http://drmaza.com/home/?p=1099
[50] http://pondoktauhid.blogspot.com/2010/01/pesanan-tuan-guru-hj-salleh-jangan.html
[51] http://tehranifaisal.blogspot.com/2010/05/apa-mesej-gospel-kalimah-allah-di-sibu.html
INFO TAMBAHAN - Abdullah Munsyi (1796-1854) belajar untuk berfikir secara liberal dari kumpulan mubaligh kristian. Beliau telah diberi gelaran Abdullah Padre oleh kumpulan mubaligh tersebut (Kajian Dr Abdullah Abd Rahman, USM)
[52] http://tehranifaisal.blogspot.com/2009/11/lintasan-hati.html

No comments:

Post a Comment