Wednesday, May 19, 2010

Coretan sebelum tido..

Hmm.. sekali lagi aku menulis setelah agak lama tidak berbuat demikian.. bukan apa, aku tak tahu apa yang hendak aku tulis.. aku lebih suka share artikel yang bermanfaat atau link-link yang menarik instead menuliskan apa yang aku rasa or apa yang bermain dibenak fikiranku.. hmm memandangkan ini blog peribadi dan aku xde apa-apa yang nak disharekan malam ini (kecuali satu klip video yang menarik di facebook mengenai ucapan hari ibu oleh seorang pelajar universiti yang agak kelakar dan sweet) so aku tulis jer laa apa-apa yang bermain difikiran ku sekarang...


Hmm baik aku mulakan dengan apa yang aku lakukan sepanjang hari ini.. hari ini bermula dengan agak baik, aku bangun agak awal dari kebiasaan.. aku x lewat pergi kerja.. aku dapat habiskan wirid asas aku dan aku mulakan kerja dengan membuat apa yang sepatutnya aku buat.. sehinggalah saat meeting pada petangnya yang melibatkan semua agensi-agensi kerajaan negeri.

Dari situ, apa yang yang aku rancang untuk petang dan malam semua x menjadi kenyataan.. plan nak pi masjid akhirnya solat dirumah atas alasan nak siapkan kerja.. bila start nak buat kerja terganggu dengan gangguan-gangguan anasir luar termasuk diriku sendiri yang lemah dan tidak tegas dalam mengerjakan apa yang dirancang.. masalah utama aku adalah aku tidak dapat fokus dengan apa yang hendak aku buat.. bagaimana untuk fokus?? bagaimana untuk tegas dengan diri sendiri?? arghhhh susahh susahh..

Sebut bab susah aku teringat akan satu kalimah iaitu "Mujahadah" yang mana berasal juga dari perkataan "Jihad" dan sebut bab jihad aku teringat pula satu kisah yang mana apabila para sahabat yang baru pulang berperang dari perang badar, mereka yang mulia ini bertanya kepada Rasulullah SAW yang bermaksud "adakah ini jihad yang paling besar" maka Rasulullah SAW menjawap yang bermaksud " “Kita baru saja selesai melalui jihad kecil dan kembali bertarung dengan jihad yang lebih besar (jihad al akbar) iaitu jihad nafs (jihad an nafs).”

Jihad melawan nafsu adalah jihad yang paling besar dan aku sebagai manusia yang lemah sering kalah dalam pertempuran melawan dengan musuh yang tersembunyi ini.. Ya Allah berikanlah aku kekuatan dalam menempuh perjalanan yang sukar ini.. Amiin..

Jam sudah menunjuk pukul 3.45 pagi.. aku rasakan sudah sampai masa untuk aku hentikan coretan ini.. zzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzzz

No comments:

Post a Comment